Khamis, 21 Mei 2020 | 7:39am
SERAMAI 325,232 orang maut akibat COVID-19 di seluruh dunia. (Foto/Agensi)
SERAMAI 325,232 orang maut akibat COVID-19 di seluruh dunia. (Foto/Agensi)

COVID-19: Lebih 325,000 maut di seluruh dunia

PARIS: Lebih daripada 325,000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat COVID-19, tiga perempat daripada mereka di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), sejak wabak itu muncul di China pada Disember, menurut laporan AFP.

Virus itu sudah membunuh 325,232 orang di 196 negara dan menjangkiti 4,943,050, menurut perkiraan berdasarkan sumber rasmi pada 1900 GMT Rabu.

Daripada mereka yang dijangkiti, sekurang-kurangnya 1,827,200 kini dianggap pulih.

Jumlah yang tinggi, menggunakan data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Banyak negara hanya menguji kes simptomatik atau yang paling serius.

Di Amerika Syarikat, 92,583 orang telah terkorban, iaitu angka kematian tertinggi. Negara itu telah mendaftarkan sebanyak 1,539,633 kes dan 289,392 orang disembuhkan.

United Kingdom mempunyai jumlah kematian kedua terburuk, iaitu mencatat 35,704 dengan 248,293 kes, di ikuti Itali (32,330 kematian dan 227,364 kes); Perancis (28,132 kematian dan 181,575 kes) dan Sepanyol (27,888 kematian dan 232,555).

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam, iaitu 1,404 berbanding Brazil (1,179) manakala United Kingdom (363).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, setakat ini mencatatkan 4,634 kematian dan 82,965 kes manakala sebanyak 78,244 kes pulih.

Eropah mencatat 169,674 kematian dari 1,944,258 kes; Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai 98,674 kematian dan 1,619,714 kes; Amerika Latin dan Caribbean mempunyai 32,422 kematian dan 583,045 kes; Asia mempunyai 12, 941 kematian dan 387,127 kes, Asia Barat mempunyai 8,420 kematian dan 306,715 kes; Afrika mempunyai 2,973 kematian daripada 93,772 kes, dan Oceania 128 kematian daripada 8,426 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X