Sabtu, 4 April 2020 | 10:13pm

COVID-19: UK catat kematian harian tinggi empat hari berturut-turut

LONDON: Britain hari ini melaporkan 708 lagi kematian akibat COVID-19, empat hari berturut-turut mencatatkan angka kematian tinggi - tatkala jumlah kes disahkan meningkat kepada hampir 42,000.

"Sehingga 9 pagi 4 April, sejumlah 183,190 orang telah diuji di mana 41,903 didapati positif.

“Sehingga jam 5 petang pada 3 April, daripada keseluruhan mereka yang dimasukkan ke hospital di United Kingdom (UK) yang diuji positif untuk COVID-19, malangnya 4,313 telah meninggal dunia," kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X