Jumaat, 3 April 2020 | 12:29am
Suasana di Menara Eiffel lengang berikutan penularan pandemik COVID-19. - Foto AFP
Suasana di Menara Eiffel lengang berikutan penularan pandemik COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: 3.9 bilion penduduk dunia dilarang keluar rumah

PARIS: Lebih 3.9 bilion orang atau setengah daripada populasi penduduk dunia, dilarang keluar rumah dalam usaha membasmi penularan pandemik COVID-19.

Pendekatan itu termasuk perintah berkurung bagi suatu tempoh atau melaksanakan kuarantin di lebih 90 negara di seluruh dunia.

Thailand yang mengumumkan perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 4 pagi berkuat kuasa hari ini, melonjakkan lagi angka global, berbanding penduduk dunia yang mempunyai 7.8 bilion orang.

Sementara itu, kira-kira 2.78 penduduk dunia diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di 49 negara.

Di benua Eropah seperti Britain, Perancis, Itali dan Sepanyol pula diletakkan di bawah sekatan terhadap puluhan juta rakyatnya.

Di benua Asia, iaitu India, Nepal dan Sri Lanka sudah ke arah itu. Di Amerika Syarikat dilaksanakan di bawah perintah berkurung dengan hampir ke semua negeri dan tidak terkecuali ke atas New Zealand.

Meskipun COVID-19 dikesan di Afrika lebih awal daripada wilayah lain, negara jiran yang jauh seperti Maghribi dan Afrika Selatan mula mengambil tindakan sekatan iaitu penduduknya diminta tidak keluar dari rumah untuk tempoh 21 hari.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X