Ahad, 8 March 2020 | 6:53am

Gempa bumi 5.2 magnitud gegarkan Kepulauan Madeira

LISBON: Gempa bumi dengan kekuatan 5.2 magnitud melanda Kepulauan Madeira, wilayah autonomi Portugal dan tempat percutian popular, mengikut laporan Pusat Mediterranean Seismologi Eropah (EMSC), petang semalam.

Bagaimanapun, menurut Pihak Berkuasa Perlindungan Kebangsaan Negara, gempa itu tidak menyebabkan kecederaan dan tiada infrastruktur atau rumah yang rosak.

Gempa itu adalah pada kedalaman 5 kilometer menurut https://www.emsc-csem.org/Earthquake/earthquake ke EMSC.

Pihak Berkuasa Perlindungan Kebangsaan, berkat gempa itu dikesan 40 kilometer di tenggara Kepulauan Deserta Grande.

Madeira adalah antara empat pulau di pantai barat laut Afrika, yang diduduki kira-kira 270,000 orang dan menerima kunjungan sejuta pelancong setiap tahun. - Reuters

Berita Harian X