Ahad, 23 Februari 2020 | 4:01pm
Gambar hiasan - BERNAMA
Gambar hiasan - BERNAMA

Gempa bumi 5.7 magnitud landa sempadan Turki-Iran - EMSC

DUBAI: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah sempadan Turki-Iran, awal pagi ini.

Pegawai Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC), berkata bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima.

“Gempa bumi itu pada kedalaman lima kilometer (3.1 batu).

“Pasukan penyelamat digegaskan ke kawasan terbabit. Setakat ini, belum ada laporan kerosakan atau kehilangan nyawa, iaitu bukan kawasan penduduk di wilayah barat Azerbaijan, Iran," kata pegawai Iran itu kepada stesen televisyen negaranya.

Iran antara negara paling ditimpa gempa bumi di dunia. - REUTERS

Berita Harian X