Selasa, 26 November 2019 | 4:14pm
ORANG ramai berusaha mencari mangsa gempa bumi di Thumane, Albania. - Foto EPA
ORANG ramai berusaha mencari mangsa gempa bumi di Thumane, Albania. - Foto EPA

6 maut gempa 6.4 magnitud landa Albania

TIRANA: Sekurang-kurangnya enam meninggal dunia susulan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Albania awal pagi ini, menurut pegawai dan media tempatan, hingga mencetuskan panik di ibu negara serta beberapa bandar lain.

Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean, mengesahkan pusat gempa terkuat di wilayah itu dalam tempoh sedekad, berada kira-kira 34 kilometer ke barat laut Tirana.

“Terdapat banyak kerosakan,” kata jurucakap kementerian pertahanan Albania, Qajahaj kepada AFP.

Menurut pihak kementerian, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an meninggal dunia selepas terjun daripada bangunan tinggi di Kurbin, di barat laut negara itu.

Bangunan hotel tiga tingkat, di bandar pelabuhan Durress runtuh manakala sebuah lagi bangunan di pusat bandar rosak teruk.

Kerosakan turut dilaporan di Thumana, kira-kira 30 kilometer di barat laut Tirana.

Menteri Kesihatan, Ogerta Manasterliu berkata, kira-kira 50 orang mengalami kecederaan ringan sedang dirawat di hospital ibu negara.

Laporan lain mengesahkan 150 orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan laporan media tempatan dan rangkaian media soisla, Gegaran itu dapat dirasakan di seluruh negara Balkan, dari Sarajevo hingga ke Bosnia. Turut di rasai di bandar Serbia, Novi Sad kira-kira 700 kilometer

Pusat Seismologi mengesahkan, gegaran itu disusuli oleh gempa susulan, berukuran 5.3 magnitud. Rantau sama Albania dilanda gempa berukuran 5.6 magnitud pada September, digambarkan pihak berkuasa sebagai gempa paling kuat dalam tempoh 20 hingga 30 tahun. - APF

Berita Harian X