TIRANA : Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 menggegarkan Albania, sejurus sebelum jam 4 pagi (waktu tempatan), iaitu yang kedua dalam tempoh dua bulan dan menyebabkan penduduk bertempiaran lari kerana panik.
Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlalu 10 kilometer di barat laut Shijak, pada kedalaman 10 kilometer.
Kementerian Pertahanan melaporkan, sebuah bangunan turut dilaporkan runtuh di Durres susulan gegaran.
Satu gempa bumi berukuran 5.6 melanda Albania pada 21 September lalu dan merosakkan kira-kira 500 kediaman serta memusnahkan beberapa daripadanya.
Ia dianggap sebagai gempa terkuat yang pernah melanda Albania sejak 30 tahun lalu. - Reuters