Khamis, 7 November 2019 | 8:06pm
Putera Charles (kiri) bersama isterinya, Camilla. - Foto AFP

Doktor nasihat Camilla batal acara susulan masalah kesihatan

LONDON: Isteri Putera Charles, Camilla, membatalkan acara bakal dihadirinya atas nasihat doktor selepas beliau mengalami jangkitan dada, kata jurucakap pasangan itu hari ini.

Camilla, 72, diberi nasihat itu malam semalam dan membatalkan acara makan malam di Perpustakaan London.

“Duchess of Cornwall dinasihatkan doktor supaya membatalkan acara disebabkan jangkitan pada dada yang semakin buruk sejak beberapa hari lalu,” kata jurucakap dalam kenyataan.

Beliau dijangka menghadiri majlis Field of Remembrance hari ini, yang memperingati anggota tentera yang terbunuh, dan beliau dan Charles dijangka mengadakan lawatan rasmi ke New Zealand pada 17 November ini.

Charles, anak sulung Ratu Elizabeth, dijangka mengadakan lawatan secara solo ke India pada 13 November. - Reuters

Berita Harian X