Khamis, 7 November 2019 | 5:05pm
Lapangan Terbang Schiphol, Belanda. - Foto EPA

Penggera amaran cetus kekecohan di lapangan terbang Schiphol

AMSTERDAM: Juruterbang yang berada dalam pesawat Air Europa secara tidak sengaja membunyikan penggera amaran, menyebabkan kawalan keselamatan besar-besaran digerakkan di lapangan terbang Schipol di Amsterdam semalam, kata syarikat penerbangan dalam kenyataan.

“Dalam pesawat dari Amsterdam ke Madrid semalam, penggera kecemasan diaktifkan secara tidak sengaja yang mencetuskan protokol keselamatan di lapangan terbang.

“Tiada sebab penggera itu diaktifkan, semua penumpang baik dan menunggu pesawat berlepas.

“Kami meminta maaf, kerana tiada sebab ia dibunyikan,” kata syarikat penerbangan Sepanyol itu. — Agensi


Pintu masuk ke Lapangan Terbang Schiphol, Belanda. - Foto EPA

Berita Harian X