SEVILLE: Penyanyi kumpulan Oasis, Liam Gallagher diberi penghormatan menjadi penerima pertama Anugerah MTV Rock Icon di majlis anugerah MTV Europe Music Award (MTV EMA) selain pemenang utama lain termasuk Taylor Swift, Billie Eilish dan boyband terkenal Korea Selatan, BTS.
Taylor membawa pulang Best US Act dan Best Video manakala Eilish merangkul Best Song dan Best New dalam majlis anugerah yang bertemakan ‘Year of the Woman’ kali ini.
Superstar Korea, BTS yang mencetus gelombang K-Pop di seluruh dunia meraih Best Live dan Biggest Fan.
Majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan dan Pameran FIBES Seville, Sepanyol itu turut diserikan dengan persembahan mengagumkan dari Dua Lipa, Rosalia dan Halsey yang memenangi anugerah Best Pop.
Penyanyi berkonsep reggaeton, Akon dan Becky G turut menghiburkan peminat dengan lagu terbarunya ‘Como No.
Dalam pada itu NCT 127 menjadi kumpulan K-Pop pertama diberi penghormatan membuat persembahan di MTV EMA. - Reuters