Selasa, 22 Oktober 2019 | 8:24am
AMERICAN Airlines. - Foto Reuters

Cecair pencuci paksa pesawat ke AS melencong ke Ireland

LONDON: Pesawat American Airlines dalam penerbangan dari London ke Philadelphia terpaksa dilencongkan ke Ireland semalam kerana tumpahan cecair pencuci.

Beberapa anggota kru pitam disebabkan cecair pencuci dan penumpang mengalami sakit mata dan kulit, kata syarikat penerbangan.

“Penerbangan 729 American Airlines dari Heathrow ke Philadelphia melencong ke Dublin disebabkan bau berpunca daripada tumpahan cecair pencuci,” kata kenyataan syarikat penerbangan.

Pesawat mendarat di Dublin pada jam 1.15 petang waktu tempatan dan bergerak ke arah pintu pagar.

“Kakitangan perubatan menaiki pesawat untuk memeriksa anggota kru dan penumpang yang mungkin memerlukan bantuan tambahan,” menurut kenyataan.

Dua anggota kru dan lima penumpang dibawa ke hospital untuk penilaian.

Pesawat itu membawa 287 penumpang dan 12 anak kapal. — Agensi

Berita Harian X