Isnin, 21 Oktober 2019 | 8:09pm

Gempa bumi 5.6 magnitud gegar selatan Iran

GENEVA: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan selatan Iran hari ini, kata agensi berita Fars.

Menurut Fars, gegaran bertumpu berhampiran bandar Kukherd di selatan wilayah Hormozgan.

Setakat ini tiada korban mahupun kerosakan harta benda dilaporkan, kata pihak berkuasa. - Reuters

Berita Harian X