Ahad, 22 September 2019 | 9:18pm
Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker. - Foto AFP
Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker. - Foto AFP

Masih belum terlambat untuk perjanjian Brexit - Pesuruhjaya Eropah

MADRID: Presiden Suruhanjaya eropah, Jean-Claude Juncker berkata, masih ada masa untuk London dan Brussels mencapai perjanjian Brexit, hari ini, ketika tempoh tamat 31 Oktober depan kian hampir.

Menurut akhbar Sepanyol, El Pais, Juncker memaklumkan beliau berharap suruhanjaya memainkan peranan lebih aktif dalam pungutan suara Britain pada 2016 untuk menolak penipuan dan berita palsu.

Beliau turut menyifatkan perbincangan dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson di Luxemborg, Isnin lalu, sebagai positif.

“Saya percaya kita masih berpeluang mencapai perjanjian. Saya tidak bersetuju dengan mereka yang menuduh Johnson bermain-main dengan kita,” katanya dipetik akhbar itu. - AFP

Berita Harian X