Jumaat, 18 Januari 2019 | 2:11am
Presiden Russia Valadimir Putin berucap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic di Belgrade, Serbia. - Foto REUTERS
Presiden Russia Valadimir Putin berucap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic di Belgrade, Serbia. - Foto REUTERS

Tindakan Kovoso tubuh tentera cetus ketegangan - Putin

BELGRADE: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam, menuduh pihak berkuasa negara majoriti Muslim, Kosovo melakukan provokasi termasuk mengambil keputusan untuk menubuhkan tentera sendiri.

Katanya, tindakan itu meningkatkan ketegangan dengan Serbia dan mungkin menimbulkan kekacauan di rantau terbabit.

Putin berkata demikian dalam sidang media di Belgrade, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic.

Katanya, beliau berpendapat keputusan Kosovo untuk menubuhkan tentera sebagai haram. - Reuters

Berita Harian X