Selasa, 15 Januari 2019 | 7:18pm
PERDANA Menteri British, Theresa May - Foto AFP
PERDANA Menteri British, Theresa May - Foto AFP

Usul Brexit May, mungkin tewas di parlimen

LONDON: Perdana Menteri British, Theresa May berkemungkinan berdepan kekalahan dalam undian usul Brexit di parlimen hari ini.

Britain terus diselubungi fasa ketidakpastian berhubung keanggotaannya dengan blok perdagangan terbesar dunia yang membentuk ekonomi negara itu sejak berdekad lalu.

May semalam, menggesa penggubal undang-undang untuk menimbang semula usul itu, tetapi parlimen kelihatan bertegas untuk menolak perjanjian berkenaan menerusi sesi undian yang akan berlangsung pada jam 7 malam ini (waktu tempatan).

Harapan May untuk menyelamatkan rancangan itu akan bergantung pada skala kekalahannya. Jika saiz kekalahan itu kecil, beliau mungkin akan meminta lebih banyak konsesi dari Brussels dengan harapan usul itu akan dibawa ke parlimen dalam undian lain.

Keputusan yang memalukan akan memaksa May untuk menangguhkan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac dan membuka pilihan lain termasuk pungutan suara kedua untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian.

Krisis politik Britain paling serius sejak setengah abad lalu itu menyaksikan May dan EU bertukar jaminan berhubung perjanjian pengunduran itu semalam.

Namun, penggubal undang-undang yang memberontak dilihat masih bertegas dengan pendirian mereka. - Reuters

Berita Harian X