Ahad, 25 November 2018 | 1:12am
PEDRO Sanchez. - Foto EPA
PEDRO Sanchez. - Foto EPA

Sepanyol setuju, tiada halangan perjanjian Brexit

BRUSSELS: Persetujuan saat-saat akhir mengenai hak Sepanyol menentukan nasib wilayah Gibraltar, lewat semalam, memberi laluan kepada persidangan Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan, hari ini.

Persidangan itu akan meluluskan perjanjian pemisahan Britain daripada EU.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menarik balik amaran mengenai veto, selepas Britain dan pegawai EU memberi jaminan bertulis kepada Madrid.

Ketika itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May dijangka bertemu ketua EU, Jean-Claude Juncker dan pengerusi persidangan, Donald Tusk.

“Kami susah menerima jaminan secukupnya untuk mencapai penyelesaian kepada konflik lebih 300 tahun antara United Kingdom (UK) dan Sepanyol,” kata Sanchez. - Reuters

Berita Harian X