Rabu, 4 Julai 2018 | 6:46pm

Gempa bumi 5.1 magnitud di Albania

TIRANA: Satu gempa bumi dengan kekuatan 5.1 magnitud menggegarkan kawasan dasar laut Adriatik di utara pelabuhan Durres, Albania, hari ini dan gegaran turut dirasakan sehingga ke ibu negara, di sini.

Gempa bumi itu berlaku berhampiran Gjiri i Lalezit, barat laut Durres pada kedalaman 18 kilometer, menurut Institut Geosains Albania. Katanya, gegaran direkodkan berterusan selama 10 minit.

Tiada kerosakan dilaporkan kecuali rekahan kecil pada beberapa bangunan. Difahamkan, bangunan tinggi dikosongkan, susulan gempa itu. - Reuters

Berita Harian X