Sabtu, 17 March 2018 | 1:10am
AHLI forensik membuat siasatan di rumah Nikolai Glushkov, di New Malden, London, kelmarin. - Foto Reuters
AHLI forensik membuat siasatan di rumah Nikolai Glushkov, di New Malden, London, kelmarin. - Foto Reuters

Russia siasat cubaan bunuh Yulia Skripal

MOSCOW: Jawatankuasa Penyiasatan Russia (RIC) berkata hari ini sudah membuka siasatan ke atas cubaan membunuh Yulia Skripal, anak perempuan bekas ejen Russia, Sergei Skripal dan siasatan pembunuhan seorang lagi warga Russia di Britain.

Yulia Skripal adalah seorang warga Russia menurut RIC dalam kenyataan itu.

Ia turut menyiasat apa yang didakwa sebagai pembunuhan Nikolai Glushkov, 68, rakan jutawan Russia, mendiang Boris Berezovsky di Britain.

Penyiasat Russia berkata dalam kenyataan yang sama, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Britain. - Reuters

Berita Harian X