Rabu, 24 Januari 2018 | 7:36pm
GAMBAR fail, Elton John sewaktu membuat persembahan konsert di Twinckenham London pada bulan Jun tahun lalu. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, Elton John sewaktu membuat persembahan konsert di Twinckenham London pada bulan Jun tahun lalu. - Foto REUTERS

Elton John enggan teruskan konsert jelajah

LONDON: Bintang pop terkenal Britain, Elton John dilaporkan mengambil keputusan untuk berhenti daripada mengadakan konsert jelajah selepas berbuat demikian selama 50 tahun.

Menurut akhbar Daily Mirror, penyanyi berusia 70 tahun yang mencatatkan penurunan penjualan album sejak beberapa tahun kebelakangan, mengambil keputusan itu selepas konsert jelajah dunianya berakhir.

Akhbar itu turut melaporkan, John akan membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan berkenaan tidak lama lagi. - Reuters

Berita Harian X