Selasa, 16 Januari 2018 | 6:17pm
IVANOVIC maut hari ini dalam insiden tembak curi ketika beliau tiba di pejabat partinya. - Foto fail EPA
IVANOVIC maut hari ini dalam insiden tembak curi ketika beliau tiba di pejabat partinya. - Foto fail EPA

Ahli politik Kosovo Serbia mati ditembak

KOSOVSKA MITROVICA: Pemimpin politik Kosovo Serbia, Oliver Ivanovic, maut hari ini, dalam insiden tembak curi ketika beliau tiba di pejabat partinya.

Peguamnya, Nebojsa Vlajic, memberitahu AFP, Ivanovic dikatakan maut di tempat kejadian dan usaha menyelamatkannya di Hospital Mitrovica, gagal.

Ivanovic, 64, disifatkan ahli politik berfahaman sederhana di bandar raya Mitrovica, yang didiami pelbagai etnik. - AFP

Berita Harian X