Sabtu, 17 September 2022 | 7:12pm
Imej pegun daripada video, yang dikeluarkan oleh perkhidmatan pengawal sempadan Kyrgyzstan, menunjukkan apa yang dikatakan sebagai konfrontasi ketenteraan aktif di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan. - Foto REUTERS

Kyrgyzstan isytihar darurat di wilayah Batken

BISHKEK: Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di Batken, wilayah yang bersempadan dengan Tajikistan, susulan pertempuran yang meletus di kawasan itu, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan yang dibuat lewat semalam bertujuan memastikan keselamatan rakyat, memudahkan proses pemindahan dan penempatan semula penduduk, mengelak lebih ramai menjadi korban dan menggerakkan pasukan keselamatan, menurut kenyataan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal darurat.

Pertempuran dilaporkan bermula di beberapa kawasan dekat sempadan berkenaan pagi semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam pertempuran itu.

Ketegangan di wilayah berkenaan dikatakan berpunca daripada pertikaian sempadan selain isu pengairan pertanian dan kawasan ragut untuk ternakan serta penyeludupan dan menyeberang sempadan secara haram. - BERNAMA

Berita Harian X