Sabtu, 17 September 2022 | 10:33am
Imej pegun daripada video yang dikeluarkan oleh perkhidmatan pengawal sempadan Kyrgyz, menunjukkan konfrontasi ketenteraan aktif di sempadan Kyrgyz-Tajik yang dilihat dari lokasi yang tidak dikenali di wilayah Batken, Kyrgyzstan. - Foto REUTERS

24 terbunuh dalam pertempuran di sempadan Tajikistan-Kyrgyzstan

BISHKEK: Sejumlah 24 orang terbunuh dalam pertempuran di sempadan Kyrgyzstan-Tajikistan, menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan pada Jumaat.

Kesemua mayat dibawa ke hospital di wilayah Batken, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 90 orang di pihak Kyrgyz cedera dalam pertempuran itu.

Konflik antara pengawal sempadan kedua-dua negara itu tercetus pada awal Jumaat.

Kedua-dua pihak saling menuding jari berhubung pihak yang melanggar perjanjian namun bersetuju untuk pelucutan senjata pada 4 petang waktu tempatan (2200 GMT).

Ketegangan di wilayah itu akibat pertikaian sempadan, termasuk pengairan pertanian, kawasan ragut ternakan, penyeludupan dan lintasan sempadan haram.

Kyrgyzstan menutup pintu kastamnya dengan Tajikistan pada 21 Mei 2021, sehingga isu sempadan diselesaikan. – BERNAMA

Berita Harian X