Rabu, 14 September 2022 | 3:12pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Pengawal sempadan Kyrgyz, Tajik bertempur lagi

BISHKEK: Pengawal sempadan Kyrgyz dan Tajik berbalas tembakan lagi hari ini selepas berlaku pertikaian sempadan antara dua negara Asia Selatan itu.

Pegawai kedua-dua pihak berkata, pertempuran terbabit berlaku ketika persediaan sedang dibuat bagi mengadakan mesyuarat badan keselamatan serantau dan perang Russia-Ukraine serta Azerbaijan-Armenia.

Pertempuran bermula selepas pengawal sempadan Kyrgyz menuduh pengawal sempadan Tajik memasuki kawasan sempadan yang belum ditandakan.

Kyrgyzstan dan Tajikistan kedua-duanya bersekutu dengan Russia, malah menempatkan beberapa pangkalan tentera mereka.

Namun, pertikaian berhubung sempadan kerap berlaku antara kedua-dua negara terbabit dan tahun lalu, hampir menyebabkan perang antara negara bekas Kesatuan Soviet itu.

Pihak Tajik, dalam satu kenyataan, mendakwa pengawal sempadan Kyrgyz melepaskan tembakan dan serangan mortar dari kedudukan mereka tanpa sebarang provokasi. Kedua-dua pihak belum melaporkan sebarang kecederaan.

Pemimpin Kyrgyz dan Tajik dijangka menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Keselamatan Shanghai di Uzbekistan minggu ini, bersama Presiden Russia, Vladimir Putin dan pemimpin China, Xi Jinping, serta pemimpin dunia lain. - REUTERS

Berita Harian X