Selasa, 5 Julai 2022 | 8:11pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pesawat penumpang India buat pendaratan cemas di Pakistan

NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi hari ini, akibat masalah teknikal.

Syarikat penerbangan SpiceJet memaklumkan pesawat B737 miliknya telah dilencongkan ke Karachi kerana masalah dengan lampu penunjuk pesawat.

"Pesawat itu berjaya mendarat di Karachi dan penumpang dilaporkan dalam keadaan selamat," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

"Pesawat gantian kini dihantar ke Karachi untuk membawa penumpang ke destinasi asal Dubai," tambah kenyataan itu.

Pada Sabtu, sebuah lagi pesawat milik SpiceJet melakukan pendaratan cemas di Delhi selepas asap dikesan di dalam kabin. – BERNAMA

Berita Harian X