Selasa, 5 Julai 2022 | 3:19pm

Kajian Universiti Xinjiang tangkis pembohongan wujudnya 'buruh paksa'

URUMQI: Satu kertas penyelidikan yang dikeluarkan Universiti Xinjiang mendedahkan banyak fakta mengenai pekerjaan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di Barat Laut China, sekali gus menangkis pembohongan wujudnya 'buruh paksa'.

Anggota penyelidik dari universiti itu membuat kajian lapangan membabitkan kunjungan ke 14 kaunti dan bandar di serata Xinjiang, dan menemubual lebih 100 orang pekerja bangsa Han serta etnik Uygur, Kazak, Hui, Xibo, Dongxiang, Daur, Rusia dan etnik lain.

Hasil kajian turut dibentangkan dalam bentuk 'Kenyataan Mengenai Fakta Kerja Yang Sesuai untuk Penduduk Pelbagai Etnik di Xinjiang' dalam edisi bahasa Cina dan Inggeris.

Naib Canselor Universiti Xinjiang, merangkap pengarang pertama kertas penyelidikan itu, Zuliyati Simayi berkata, beliau menjadi saksi kepada keadaan sebenar warga Xinjiang dari pelbagai etnik yang bekerja secara sukarela dan mencintai kerja mereka, sehingga mutu hidup masing-masing bertambah baik.

Beliau berkata, 'kebahagiaan', 'kepuasan', 'kasih sayang', 'rasa hormat', 'kerjasama' dan 'perpaduan' merupakan antara kata kunci yang paling banyak disuarakan semasa temu bual dilakukan mereka bersama responden, secara tidak langsung mencerminkan aspirasi bersama pekerja semua etnik. – BERNAMA

Berita Harian X