Ahad, 20 September 2020 | 5:49pm
 Seorang petugas kesihatan yang memakai sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) mengambil sampel ujian COVID-19 di sepanjang jalan di Allahabad, India. - Foto AFP
Seorang petugas kesihatan yang memakai sut Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) mengambil sampel ujian COVID-19 di sepanjang jalan di Allahabad, India. - Foto AFP

Jangkitan COVID-19 India dijangka mengatasi AS

NEW DELHI: India dilaporkan mencatat sebanyak 92, 605 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam dan dijangka akan mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling teruk dilanda wabak itu dalam tempoh seminggu ini.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan, sebanyak 1,122 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 86,752 kes.

Bagaimanapun menurut John Hopkins University, India turut mencatat ramai pesakit sembuh di dunia dengan kadar sekitar 80 peratus.

Lebih 69 kes aktif di negara itu bertumpu di lima dari 28 negeri iaitu Maharashtra, Karnataka, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Uttar Pradesh.

Kerajaan pimpinan perdana menteri, Nerendra Modi, ketika ini berdepan kritikan dalam mengendalikan pandemik itu yang dilihat mengakibatkan kesan buruk pada ekonomi serta jutaan penduduknya menganggur. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X