Jumaat, 22 Mei 2020 | 7:12am
TURKI tiada solat Aidilfitri elak penularan COVID-19. Gambar hiasan
TURKI tiada solat Aidilfitri elak penularan COVID-19. Gambar hiasan

COVID-19: Turki tak benarkan solat Aidilfitri

ANKARA: Masjid di Turki tidak akan mengadakan solat sunat Aidilfitri di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, umum pihak pentadbir agama pada Khamis.

"Solat sunat hari raya tidak akan diadakan di masjid kita kerana wabak COVID-19 yang sedang kita perangi sekarang," kata Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (Diyanet) dalam satu kenyataan lapor agensi berita Turki.

Namun, masjid di semua wilayah akan memperdengarkan doa khas serta alunan takbir raya sebagai mengisi slot solat sunat hari raya, kata Diyanet.

Rakyat Turki dijangka menyambut Aidilfitri pada 24 Mei.– BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X