Rabu, 20 Mei 2020 | 11:38am
Planet Marikh.
Planet Marikh.

UAE mahu teroka planet Marikh

DUBAI: Selepas berjaya menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas pada tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan melancarkan misi penerokaan ke Marikh pada Julai, laporan agensi berita WAM.

Kapal angkasa tanpa pemandu diberi nama Hope akan menjadi misi penerokaan antara planet pertama yang dilakukan oleh negara Arab.

Menurut WAM, kapal angkasa itu akan dilancarkan pada 15 Julai depan pada jam 2051 GMT, dari Pusat Angkasa Tanegashima di Jepun menggunakan platform industri berat Mitsubishi.

Ia akan membuat perjalanan sejauh 495 juta kilometer (km) untuk mencapai dan mengorbit 'planet merah' itu.

Pada September lalu, Hazza al-Mansouri melakar sejarah apabila menjadi rakyat UAE pertama ke angkasa lepas. - AFP

Berita Harian X