Khamis, 30 April 2020 | 7:39am
Ambulans parkir di luar sebuah gudang yang terbakar di Icheon. - Foto YONHAP
Ambulans parkir di luar sebuah gudang yang terbakar di Icheon. - Foto YONHAP

38 maut dalam kebakaran gudang di Korea Selatan

SEOUL: Seramai 38 orang maut dan 10 lagi dilaporkan cedera dalam satu tragedi kebakaran di sebuah gudang di Incheon, Korea Selatan.

Menurut agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan dikeluarkan pegawai bomba, berkata kebakaran di bangunan empat tingkat yang masih belum siap sepenuhnya itu dilaporkan merebak sangat cepat.

Selain itu, mangsa dilaporkan terperangkap di gudang itu tidak sempat menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan, berkata kelapan-lapan orang mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan yang serius.

Ketua Balai Bomba Incheon, Suh Seung-hyun, memberitahu Yonhap, berkemungkinan kebakaran itu bermula daripada titisan minyak, bagaimanapun polis dan bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Beberapa orang saksi berkata, sekurang-kurangnya 10 letupan berlaku dalam kebakaran itu, menurut agensi akhbar berkenaan. - AFP

Berita Harian X