Ahad, 26 April 2020 | 10:27am
Arab Saudi longgarkan perintah berkurung, kecuali di Makkah. - Foto AFP
Arab Saudi longgarkan perintah berkurung, kecuali di Makkah. - Foto AFP

COVID-19: Arab Saudi longgarkan perintah berkurung, kecuali di Makkah

ARAB SAUDI: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu dilonggarkan, kecuali Makkah dan kawasan yang sebelum ini melalui fasa kuarantin, lapor Saudi Press Agency.

Perintah berkurung itu akan diringankan di antara jam 9 pagi hingga 5 petang mulai hari ini, sementara pusat membeli belah, perniagaan borong dan runcit dibenarkan untuk dibuka semula Rabu depan, bagi tempoh dua minggu.

Setakat ini Arab Saudi merekodkan lebih 15,000 jangkitan COVID-19 dengan 136 kematian. - AGENSI

Berita Harian X