Isnin, 23 March 2020 | 10:54am
EMIRIAH Arab Bersatu memberhentikan semua penerbangan keluar masuk ke negara itu. - Foto hiasan
EMIRIAH Arab Bersatu memberhentikan semua penerbangan keluar masuk ke negara itu. - Foto hiasan

COVID-19: Arab Saudi isytihar perintah berkurung

RIYADH: Arab Saudi mengisytiharkan perintah berkurung dan bermula hari ini selepas mencatatkan peningkatan 25 peratus kes COVID-19.

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE), memberhentikan semua penerbangan keluar masuk ke negara itus selama dua minggu, kecuali penerbangan kargo.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, mengarahkan perintah berkurung antara jam 7 petang hingga 6 pagi selama 21 hari itu bagi membendung penularan coronavirus baharu itu, berdasarkan laporan agensi berita SPA.

Kementerian Kesihatan UAE juga memutuskan untuk menutup kompleks beli belah dan pusat komersial, kecuali farmasi serta pasar raya selain pasar basah membabitkan pemborong.

Agensi berita WAM melaporkan, penutupan itu bermula dalam tempoh 48 jam dan dikuat kuasa selama dua minggu, bergantung kepada semakan dan penilaian semula.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 119 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 511 ke, yang tertinggi dalam kalangan negara Teluk Arab. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X