Sabtu, 14 March 2020 | 11:04am
Gambar fail, Komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Brig Jen Nasser Shabani. - Foto ibtimes.sg/
Gambar fail, Komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Brig Jen Nasser Shabani. - Foto ibtimes.sg/

Komander Iran maut akibat COVID-19

ANKARA: Komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran, Brig Jen Nasser Shabani maut akibat jangkitan COVID-19.

Agensi Anadolu memetik Fars News Agency sebagai berkata Shabani memulakan kerjayanya pada 1982 ketika Perang Iran-Iraq.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran adalah antara negara yang paling teruk terjejas sejak tercetusnya wabak pada Disember lalu.

Jumlah kematian akibat virus di Iran meningkat kepada 514 kes, kata media tempatan semalam.

Pihak berkuasa mengesahkan 85 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, manakala 1,289 kes baharu muncul, menjadikan jumlah kes disahkan kepada 11,364, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X