Jumaat, 13 March 2020 | 3:49pm
Ali Akbar Velayati.
Ali Akbar Velayati.

Penasihat utama pemimpin tertinggi Iran dijangkiti COVID-19

DUBAI: Seorang penasihat utama kepada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, telah dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Tasnim, semalam.

“Ali Akbar Velayati yang juga menerajui Hospital Masih Daneshvari di Tehran, mempunyai kontak dengan ramai pesakit coronavirus sepanjang tempoh beberapa minggu lalu.

“Beliau telah dijangkiti dan kini menjalani kuarantin,” menurut laporan itu.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 75 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban mencecah 429 mangsa di negara ini yang paling terkesan dengan COVID-19 di Asia Barat.

“Kami mengenal pasti 1,075 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu, yang bermakna seramai 10,075 orang sudah dijangkiti di negara ini.

“Jumlah kematian ialah 429,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianush Jahanpur, kepada stesen televisyen negara ini. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X