Rabu, 4 March 2020 | 8:04pm
Menteri Industri, Perlombongan dan Perdagangan Iran, Reza Rahmani. - Foto tehrantimes.com
Menteri Industri, Perlombongan dan Perdagangan Iran, Reza Rahmani. - Foto tehrantimes.com

Menteri Perdagangan Iran dijangkiti COVID-19

ANKARA: Iran hari ini mengesahkan satu lagi kes jangkitan COVID-19 membabitkan Menteri Industri, Perlombongan dan Perdagangan Iran, Reza Rahmani, lapor agensi berita Anadolu.

Rahmani kini dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Imam Khomeini, di Tehran, memetik media dalam talian Asriran.

Sebelum ini, puluhan pegawai Iran, termasuk sekurang-kurangnya 23 ahli parlimen turut dijangkiti virus itu, antaranya Naib Presiden untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Masoumeh Ebtekar, Timbalan Menteri Kesihatan Iraj Harirchi dan ahli parlimen, Mahmoud Sadeghi.

Sejak sebulan lalu, Iran menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dan jumlah yang dijangkiti melebihi 2,300 orang.

Kementerian Kesihatan negara itu turut mengesahkan 77 kematian akibat COVID-19. - BERNAMA

Berita Harian X