Jumaat, 28 Februari 2020 | 9:32am
Anjing peliharaan di Beijing turut dipakaikan penutup hidung yang didakwa bagi mencegah jangkitan COVID-19. - Foto AFP
Anjing peliharaan di Beijing turut dipakaikan penutup hidung yang didakwa bagi mencegah jangkitan COVID-19. - Foto AFP

COVID-19 - China lapor 44 kematian hari ini

BEIJING: China hari ini melaporkan 44 kematian selain 327 kes jangkitan baharu COVID-19 iaitu jumlah harian terendah dalam tempoh lebih sebulan .

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, jumlah kematian kini mencapai 2,788 orang di tanah besar China.

Sementara itu, Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Korea Selatan (KCDC) melaporkan 256 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 2,022 kes disahkan setakat ini.

Di Hong Kong pula, pihak berkuasa melaporkan seekor anjing peliharaan mangsa COVID-19 dikuarantin selepas sampel air liur dan hidung mendapati positif untuk virus terbabit.

Namun, katanya, masih terlalu awal dan tiada bukti kukuh bahawa COVID-19 boleh menjangkiti haiwan peliharaan, malah anjing berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi tetap dikuarantin 14 hari.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) berkata pihaknya akan menjalankan kajian lanjut.

Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyatakan tiada bukti setakat ini bagi menunjukkan haiwan peliharaan boleh dijangkiti COVID-19.

Hong Kong melaporkan 93 kes yang disahkan dan dua kematian akibat wabak itu. - AGENSI

Berita Harian X