Rabu, 8 Januari 2020 | 10:32am
PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani. - Foto Reuters
PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani. - Foto Reuters

Kepentingan AS di Asia Barat dalam bahaya - Rouhani

TEHERAN: Presiden Iran, Hassan Rouhani, berkata kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu ‘dalam bahaya’ berikutan pembunuhan Qassem Soleimani, lapor agensi berita Xinhua, yang memetik laporan agensi media rasmi Iran, IRNA.

“Jika tidak kerana usaha hero besar (Soleimani) itu menentang Daesh, penduduk Eropah akan menghadapi ancaman lebih besar,” kata Rouhani dalam perbualan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Tambah beliau, dengan membunuh Soleimani, AS melakukan kesalahan strategik yang besar dan AS perlu sedar bahawa keselamatan serta kepentingan mereka di rantau ini sudah pasti menerima akibatnya.

Rouhani menggesa semua negara menyatakan pendirian masing-masing berhubung serangan yang dilakukan AS itu manakala Macron pula menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan ketegangan di Asia Barat. - Agensi

Berita Harian X