Isnin, 6 Januari 2020 | 10:26pm
Ayatollah Ali Khamenei (kiri) menangis ketika mengimamkan solat jenazah Qassem Soleimani di Tehran, hari ini. - Foto AFP
Ayatollah Ali Khamenei (kiri) menangis ketika mengimamkan solat jenazah Qassem Soleimani di Tehran, hari ini. - Foto AFP
Ribuan rakyat Iran hadiri pengebumian Qassem Soleimani di Tehran. - Foto Reuters
Ribuan rakyat Iran hadiri pengebumian Qassem Soleimani di Tehran. - Foto Reuters
Ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran. - Foto Reuters
Ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran. - Foto Reuters
Keranda Qassem Soleimani dibalut dengan bendera negaranya. - Foto Reuters
Keranda Qassem Soleimani dibalut dengan bendera negaranya. - Foto Reuters
Ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran. - Foto AFP
Ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran. - Foto AFP

Ali Khamenei menangis ketika solat jenazah

DUBAI: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menangis ketika mengimamkan solat jenazah komander tentera Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Pemimpin tertinggi itu sebak ketika berdoa, memaksa beliau memberhentikan bacaannya seketika.

Keranda Soleimani dan pemimpin tertera Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, yang turut terbunuh dalam serangan pada Jumaat itu, dibalut dengan bendera negaranya.

Upacara berakhir dengan pengebumian Soleimani di kota kelahirannya di Kerman, di selatan Iran.

Sementara itu, ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran untuk mengucapkan selamat tinggal kepada komander Quds Force, unit yang bertanggungjawab dalam operasi luar Iran. - Reuters

Berita Harian X