Ahad, 5 Januari 2020 | 4:36pm

Rakyat Iran pilu sambut jenazah Soleimani

TEHERAN: Rakyat Iran menangis dan memukul dada mereka di bandar raya Ahvaz hari ini, sebagai penghormatan kepada pegawai tinggi tentera, Qasem Soleimani, yang maut dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.

Jenazah Soleimani dan lima lagi anggota Pengawal Revolusi tib di lapangan terbang Ahvaz airport sebelum subuh, lapor ISNA.

‘Mati Amerika,” jerit mereka ketika perhimpunan besar-besaran di bandar raya itu.

Jalan raya padat ketika laungan penganut fahaman Syiah itu bergema di udara, menjulang potret Soleimani, yang dilihat sebagai wira perang Iran-Iraq pada 1980-88 dan menerajui operasi Iran di Asia Barat sebagai Komander Pasukan Quds Pengawal Revolusi.

Soleimani, 62, terbunuh dalam serangan dron AS kelmarin berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad, yang mengejutkan republik Islam itu.

Serangan itu diarahkan Presiden Donald Trump, yang berkata Soleimani merancang serangan segera ke atas diplomat AS dan 5,200 tentera negara itu di Baghdad.

Jenazah dijangka diterbangkan ke Teheran untuk penghormatan petang ini.

Esok, pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dijangka menyembahyangkan jenazah Soleimani Universiti Tehera sebelum diarak ke Dataran Azadi.

Kemudian jenazah dijangka dibawa ke bandar raya Qom untuk upacara di Masumeh, menjelang pengebumiannya Selasa ini di kampung halamannya di Kerman. — AFP

Berita Harian X