Ahad, 5 Januari 2020 | 2:28pm
Orang ramai mengusung jenazah ketua Pasukan Quds, Qasem Soleimani setiba di Lapangan Terbang Tehran. - Foto AFP
Orang ramai mengusung jenazah ketua Pasukan Quds, Qasem Soleimani setiba di Lapangan Terbang Tehran. - Foto AFP

Upacara penghormatan jenazah Soleimani bermula di Iran

TEHERAN: Upacara penghormatan bagi menyambut jenazah ketua sayap operasi asing Iran, Pasukan Quds, Qasem Soleimani, di Ahvaz, Iran sebentar tadi.

Siaran langsung menunjukkan ribuan orang berkabung dengan berpakaian hitam berkumpul di Mollavi Square di Ahvaz, barat daya Iran, bagi menyambut jenazah yang diterbangkan dari Iraq.

Tidak kurang juga memegang potret Soleimani, yang terkorban dalam serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.

Agensi berita ISNA melaporkan, jenazah Soleimani tiba di lapan terbang Ahvaz subuh tadi dan dijangka diterbangkan ke Teheran petang ini.

Esok, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, dijangka menyertai sembahyang jenazah di Universiti Teheran sebelum menyertai perarakan ke Azadi Square.

Jenazah Soleimani dijangka dibawa ke bandar suci Qom untuk upacara di makam Masumeh, sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kerman Selasa ini. - AFP

Berita Harian X