Rabu, 1 Januari 2020 | 10:28am
POLIS memeriksa penunjuk perasaan di Kompleks di Hong Kong. - Foto Reuters
POLIS memeriksa penunjuk perasaan di Kompleks di Hong Kong. - Foto Reuters

Polis tembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan sambut 2020

HONG KONG: Polis Hong Kong melepaskan tembakan gas pemedih mata beberapa minit selepas memasuki 2020 ketika penunjuk perasaan prodemokrasi meraikan Tahun Baharu dengan perhimpunan tengah malam sambil mengira detik dan perarakan besar-besaran yang dirancang hari ini.

Bandar raya itu digegarkan selama lebih enam bulan ketegangan dengan perarakan dihadiri jutaan penduduk, selain konfrontasi dengan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah, dan penunjuk perasaan bertindak balas dengan bom petrol.

Sejurus sebelum tengah malam semalam, ribuan penunjuk perasaan perasan berkumpul

di seluruh hab kewangan itu, termasuk di Victoria Harbour dan kawasan tumpuan waktu malam Lan Kwai Fong.

Mereka yang berkumpul di Victoria Harbour mengira detik ‘Sepuluh1 Sembilan! Bebas Hong Kong, revolusi sekarang!’ ketika menghidupkan cahaya telefon bimbit masing-masing.

Kumpulan lebih kecil penunjuk perasaan di daerah Mong Kok membakar halangan, sebelum polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih pertama pada 2020 sebagai tindak balas.

Sejurus sebelum hari terakhir 2019, polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan di kawasan sama, manakala di kawasan kejiranan Prince Edrward, beberapa penunjuk perasaan yang menyalakan lilin ditahan.

Terdahulu petang semalam, ribuan penduduk bergandingan tangan membentuk perisai manusia sepanjang beberapa kilometer di sepanjang kawasan beli belah sibuk dan di seluruh kejiranan.

Mereka melaungkan slogan, menyanyikan ‘Glory to Hong Kong’, lagu bantahan, dan menjulang poster menggesa rakyat berjuang untuk demokrasi pada 2020.

“Terima kasih 2019, yang mengoyakkan topeng hodoh polis dan kerajaan dan membolehkan rakyat melihat kebenaran,” kata seorang penunjuk perasaan, Kris.

Berita Harian X