HONG KONG: Polis anti-rusuhan Hong Kong melepaskan beberapa gas pemedih mata ke arah ribuan penunjuk perasaan, kebanyakannya memakai topeng muka dan tanduk rusa, selepas perarakan 'Christmas Eve' malam tadi tiba-tiba bertukar menjadi ganas.
Penunjuk perasaan di dalam pusat beli belah melempar payung dan objek lain ke arah polis memaksa mereka menggunakan baton, namun tiada tembakan dilepaskan.
Polis berkata, sejumlah penunjuk perasaan membanjiri jalan utama dan menghalang jalan raya di luar pusat beli belah serta hotel mewah berhampiran di lokasi pelancongan popular Tsim Sha Tsui di Kowloon.
Sehingga kini polis menahan 6000 orang sejak protes prodemokrasi memuncak Jun lalu.
Rakyat Hong Kong bangkit membantah selepas melihat campur tangan Beijing dalam kebebasan yang dijanjikan kepada bekas koloni British itu sebaik dikembalikan kepada China pada 1997.
China menafikan sebarang campur tangan sambil menegaskan ia komited kepada formula 'satu negara, dua sistem' dan menyalahkan kuasa asing yang cuba menggugat kedaulatan wilayah itu. - Reuters