Khamis, 19 Disember 2019 | 8:34am
Keadaan selepas kebakaran hutan yang melanda Mount Weison di Blu Mountain, 120 kilometer dari Syedney. - Foto AFP
Keadaan selepas kebakaran hutan yang melanda Mount Weison di Blu Mountain, 120 kilometer dari Syedney. - Foto AFP

Australia umum darurat kebakaran belukar kali kedua

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mengumumkan darurat selamat tujuh hari di New South Wales (NSW) bermula hari ini berikutan fenomena gelombang panas luar biasa yang mengakibatkan kebakaran belukar di seluruh rantau itu.

Dianggarkan lebih 100 kebakaran dikesan sejak beberapa minggu lalu di negeri itu.

Sebahagian daripadanya tidak terkawal terutama kebakaran besar di Sydney yang mengakibatkan kota terbesar di Australia itu dilitupi jerebu yang cukup toksik.

Pemimpin NSW, Gladys Berejiklian berkata, perintah darurat kedua itu diumumkan akibat keadaan cuaca yang terlalu buruk sejak negara itu dilanda kemarau dan kebakaran belukar September lalu.

Selasa lalu, negara itu mencatatkan bacaan suhu paling panas mencecah 40 darjah celsius.

Suhu dijangka meningkat kepada 41 darjah celsius di tengah Sydney dan 45 darjah celsius di barat pinggir bandar itu pada hari ini.

Sementara itu, tiupan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam pada petang ini dijangka menyebabkan kebakaran akan terus merebak menghampiri bandar terbabit. - AFP

Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan di Dargan, 120 kiometer dari Sydney. - Foto AFP
Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan di Dargan, 120 kiometer dari Sydney. - Foto AFP

Berita Harian X