Selasa, 12 November 2019 | 11:55pm
Ibu kepada mangsa kekejaman tentera Zionis, meratapi jasad anaknya, Zaki Ghanama yang terkorban akibat serangan tentera Israel di hospital di Beit Lahia di Gaza. - Foto AFP

Serangan Gaza, 5 penduduk Palestin terkorban

GAZA: Lonjakan keganasan terbaharu di Gaza mengorbankan lima penduduk Palestin dan mencederakan 30 mangsa lain, setakat hari ini, menurut kementerian kesihatan.

Penduduk Gaza, Amin Dalloul, 31, menyifatkan keganasan terbaharu itu sebagai rancangan jahat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mungkin didakwa atas tuduhan rasuah, beberapa minggu lagi.

“Penjajah Zionis mahukan perang baharu di Gaza untuk menyelamatkan Netanyahu dan ia menjelaskan keputusan Zionis kembali melakukan pembunuhan,” katanya.

Penduduk Gaza lain, Abeer Hassan, 37, pula bimbang dengan serangan skala penuh Israel.

“Kami ketakutan. Kami tidak mahu perang baharu,” katanya. - AFP

Berita Harian X