Selasa, 12 November 2019 | 9:20pm
Peluru berpandu Israel dilancarkan dari sistem peluru berpandu Iron Dome, yang direka untuk memintas dan menghancurkan roket jarak dekat dan peluru artileri, di bandar selatan Netivot untuk memintas roket yang dilancarkan dari semenanjung Gaza Palestin yang berdekatan. - Foto AFP

Seorang lagi belia Palestin dibunuh Zionis

GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di utara semenanjung Gaza, hari ini, menurut kementerian kesihatan kawasan terkepung itu.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata, ia menyasarkan unit pelancar roket kumpulan Jihad Islam.

Kementerian kesihatan Gaza berkata, Zaki Ghannam, 25, terbunuh dan tiga mangsa lain cedera di Beit Lahia.

Terdahulu, Israel berkata, ia melakukan serangan udara terhadap militan yang melakukan persediaan untuk melancarkan serangan roket.

Insiden itu berlaku, ketika lonjakan keganasan antara kedua-dua pihak, susulan serangan Israel yang mengorbankan komander Jihad Islam di semenanjung Gaza. - AFP

Berita Harian X