Selasa, 12 November 2019 | 7:36pm
Saeb Erakat. - Foto REUTERS

PLO sambut baik keputusan mahkamah isu label Israel

BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalu-alukan keputusan mahkamah tinggi Kesatuan Eropah (EU) bahawa barang yang dihasilkan daripada penempatan haram Israel perlu dilabel dengan jelas.

“Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Keadilan Eropah dan menyeru semua negara Eropah untuk melaksanakan apa yang menjadi kewajipan berlandaskan undang-undang dan politik,” kata Saeb Erakat dalam satu kenyataan.

“Permintaan kami bukan hanya untuk pelabelan yang jelas, mencerminkan perakuan asal produk yang berasal dari penempatan penjajah haram, tetapi untuk mengharamkan produk terbabit daripada pasaran antarabansa,” katanya. - AFP

Berita Harian X