Selasa, 12 November 2019 | 2:43pm

Dua maut, enam cedera dalam serangan di Damsyik

KAHERAH: Sekurang-kurang dua terbunuh manakala enam lagi tercedera dalam serangan awal pagi ini yang menyasar bangunan di ibu kota Syria, Damsyik, kata sebuah stesen TV rasmi.

Bangunan yang dikenal pasti sebagai kediaman awam itu terletak berhampiran kedutaan Lubnan di Mezzah, daerah di barat Damsyik.

Universiti Damsyik dan banyak kedutaan asing lain juga terletak di daerah ini.

Media rasmi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan.

Terdahulu, agensi berita rasmi SANA berkata, tentera Syria melepas tembakan ke atas musuh di Daraya, sebuah kawasan pedalaman di barat daya Damsyik.

Sejak beberapa tahun lalu, Israel melancarkan ratusan serangan di Syria menentang musuh tradisi mereka Iran dan kumpulan Hizbullah Lubnan yang didakwa sebagai ancaman terbesar terhadap sempadan mereka. - Reuters

Berita Harian X