Selasa, 12 November 2019 | 12:03pm
Penduduk Palestin meninjau kerosakan pada bangunan kediaman pemimpin kanan PIJ, Baha Abu Al-Ata di Gaza City. Foto AFP

Dua maut serangan Israel di Semenanjung Gaza

GAZA CITY: Dua maut apabila tentera Israel menyerang bangunan, yang menempatkan kediaman komander kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) di Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

“Sebuah bangunan di Semenanjung Gaza, iaitu tempat tinggal pemimpin kanan PIJ, Baha Abu Al-Ata diserang,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Katanya, serangan itu adalah hasil kerjasama pihak tentera dan perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet, Israel.

Sementara itu, penduduk melaporkan letupan kuat kedengaran dari kediaman Baha dan Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan, dua mangsa terbunuh.

Kediaman Baha itu terletak di daerah Shejayia, di timur Gaza City. - AFP

Berita Harian X