Selasa, 12 November 2019 | 11:20am
14 maut apabila dua kereta api bertembung di Bangladesh. Foto hiasan

15 maut kereta api bertembung di timur Bangladesh

DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 maut dan lebih 40 lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kereta api di timur Bangladesh, awal pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta api yang dalam perjalanan menuju ke Chittagong bertembung dengan kereta api ke Dhaka pada jam 3 pagi (waktu tempatan).

Insiden berkenaan berlaku di Brahmanbarian, yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur Dhaka.

Pentadbir daerah Brahmanbaria, Hayat Ud Dowlah Khan, berkata kejadian itu mengakibatkan beberapa gerabak kereta api rosak teruk dan pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Setakat ini, 15 mayat sudah ditemui, namun jumlahnya dijangka meningkat kerana kami masih menjalankan operasi menyelamat.

“Kesemua 40 mangsa yang cedera, termasuk beberapa orang yang kritikal sedang menerima rawatan di hospital,” kata ketika hubungi Reuters menerusi telefon dari lokasi nahas. - Reuters

Berita Harian X