Isnin, 11 November 2019 | 10:35pm
Gambar yang diambil dari sempadan Israel menunjukkan Raja Abdullah Jordan (kiri) mengerjakan solat dengan pasukan tentera di bawah bendera kebangsaan Jordan semasa upacara di tapak Lembah Jordan Naharayim, juga dikenali sebagai Baqura, timur Sungai Jordan. - Foto AFP

Raja Jordan lawat kawasan selepas pajakan Israel tamat

AMMAN: Pemimpin Jordan, Raja Abdullah melakukan kunjungan pertama ke kawasan sempadan negara itu dengan Israel hari ini, sehari selepas pajakan khas selama 25 tahun kepada petani Israel tamat, kata sumber rasmi.

Beliau kemudian mengisytiharkan penamatan perjanjian yang dianggap ramai rakyat Jordan sebagai penghinaan, menyifatkannya sebagai penjajahan Israel terhadap wilayah negara mereka.

Mengikut perjanjian damai Jordan dan Israel pada 1994, dua wilayah sempadan diiktiraf sebagai kedaulatan Jordan tetapi mempunyai klausa khas membenarkan petani Israel mengusahakan tanah terbabit tanpa visa.

Namun, pada 2018, Jordan tidak mahu memperbaharui perjanjian itu, secara meluas dilihat sebagai petunjuk hubungan dua hala yang semakin tegang.


Menteri Luar Jordan Ayman Safadi menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar di Kementerian Luar Negeri di Amman, Jordan. - Foto EPA

Jordan adalah satu daripada hanya dua negara yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel dan kedua-dua negara berjiran itu mempunyai hubungan keselamatan rapat, sejak sekian lama.

Bagaimanapun, perjanjian itu amat tidak popular di Jordan kerana sokongan kuat terhadap penduduk Palestin yang mahukan Tebing Barat dijajah Israel di sebelah Jordan sebagai sebahagian negara masa depan mereka. - Reuters

Berita Harian X