Ahad, 10 November 2019 | 9:28pm
Sebuah rumah yang dimusnahkan oleh Taufan Bulbul di Koyra, kira-kira 100 km dari Khulna. - Foto AFP
Sebuah rumah yang dimusnahkan oleh Taufan Bulbul di Koyra, kira-kira 100 km dari Khulna. - Foto AFP

Taufan Bulbul ragut 14 nyawa di Bangladesh, India

KHULNA: Sekurang-kurangnya 14 maut dan dua juta yang lain terpaksa mendapatkan perlindungan sementara tatkala Taufan Bulbul yang membawa angin kencang serta hujan lebat, melanda kawasan pantai Bangladesh dan India.

Taufan yang membawa angin kencang yang bertiup sehingga 120 kilometer sejam, ketika tiba di kedua-dua negara itu, semalam, memaksa beberapa pelabuhan dan lapangan terbang ditutup.

Akhbar Press India melaporkan, tujuh yang maut adalah di negeri Benggala Barat, iaitu dua akibat ditimpa pokok tumbang ke atas rumah mereka, manakala seorang lagi mangsa maut di Kolkata, selepas dihempap batang pokok.

Mangsa kelapan dari Odisha, meninggal dunia apabila ditimpa dinding runtuh.

Gambar dari atas keadaan salah sebuah rumah yang musnah akibat Taufan Bulbul yang melanda kawasan pantai Bangladesh. - Foto AFP
Gambar dari atas keadaan salah sebuah rumah yang musnah akibat Taufan Bulbul yang melanda kawasan pantai Bangladesh. - Foto AFP

Di Bangladesh, enam penduduk terkorban akibat dihempap pokok tumbang dan sekurang-kurangnya 20 lagi dilaporkan cedera.

Pentadbir daerah, Masud Alam Siddiqui memberitahu AFP bahawa lima lagi dilaporkan masih hilang selepas sebuah bot nelayan karam di sungai Meghna berhampiran selatan pulau Bhola, di sini. -AFP

Berita Harian X